DEFINISI PENGANGKUTAN AWAM
Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan semua orang, sama ada secara persendirian ataupun awam. Pengangkutan mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti hidup seharian. Pengangkutan awam merupakan salah satu alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri. Selain membantu mengurangkan kos sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia juga mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada penggunaan bahan api fosil. Pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.
komuter merupakan salah satu pengangkutan awam yang sering digunakan oleh orang awam.
JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM
Sambutan masyarakat terhadap pengangkutan awam amat menggalakkan di segenap masyarakat. Kita dapat lihat bahawa Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di seluruh tempat seperti bandar, bandar besar dan sebagainya. Antara pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia ialah seperti teksi,bas, monorail,kereta api, komuter LRT,kapal terbang dan feri bergantung pada situasi dan jarak perjalanan. Manakala di tempat seperti pecan kecil, atau kampong-kampung terdapat motosikal tambang bagi memudahkan pengguna yang keluar masuk ke kampung.
Walau bagaimanapun, sistem pengurusan pengangkutan awam di Negara kita tidak sistematik, dan tidak efisyen. Hal ini kerana berikutan ketiadaan penyelarasan atau garis panduan untuk mewujudkan satu sistem yang berkesan dalam mengendalikan operasi pengangkutan awam di seluruh Malaysia. Hal ini kerana memerlukan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, belia, dan warga tua dan tidak ketinggalan warga orang kurang upaya.
KESAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM
Ekoran daripada penggunaan pengankutan awam yang menjadi pilihan rakyat ,kerajaan telah mengumumkan bahawa tidak harga kenaikan minyak petrol dan diesel kepada pengakutan awam tidak akn berlaku. Malahan juga pengusaha sistem pengankutan awam juga tidak mempunyai alasan untuk menaikakn harga tambang kepada pengguna. Selain itu, Ekoran peningkatan penggunaan pengankutan awam juga menyebabkan semua kenderaan awam di negara ini termasuk bas henti-henti, teksi, bas sekolah, bas ekspres dan lori adalah kumpulan yang mendapat faedah menerusi subsidi minyak melalui penggunaan kad fleet yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. walaubagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji kemudahan-kemudahan lain yang akan disediakan kepada pengusaha pengangkutan awam bagi disesuaikan dengan keadaan semasa kerana kali terakhir kadar tambang dinaikkan adalah pada 2005. Selain itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding itu kini di peringkat akhir. antara pendekatan yang dicadangkan adalah kadar tolistimewabagi bas dan pengurangan cukai jalan.
Kesan positif juga kita dapat lihat kesan daripada penggunaan pengankutan awam, telah mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di jalan raya dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran udara. Selain itu kesan negatif pula akan berlaku juga apabila penggunaan pengankutan yang pesat iaitu peningkatan pembakaran bahan api fosil melalui penggunaan minyak, selain itu juga menyebabkan pencemaran bunyi bising, pencemaran bunyi bising, yang dilakukan oleh kenderaan berat seperti kereta api, bas dan sebagainya.
Manakala kesan negatif pula kita dapat lihat dari segi perkhidmatan ,dimana terdapat sesetengah pemilik kenderaan awam seperti teksi telah mengenakan caj tambahan yang begitu mahal dan terdapat penipuan dalam penggunaan tambang betmeter. Begitu juga dengan penggunaan bas awam, dimana kadar tambang juga perlu diselaraskan mengikut kilometer dengan harga yang sepatutnya. Keadaan bas yang uzur dan mengeluarkan asap hitam mencemarkan alam sekitar, malah ia turut membahayakan para pengguna dengan ketiadaan piawaian bas yang sepatutnya digunakan untuk mengambil penumpang dan mempertaruhkan nyawa pengguna untuk menaiki bas tersebut. Malahan juga ketidakselesaan tempat duduk membahayakan penumpang apabila memuatkan lebihan penumpang. Selain itu, kita juga dapat lihat kesesakan penggunaan LRT dimana ia ketiadaan system yang sistematik. Kedaan ini menyukarkan pengguna yang terdiri daripada ibu mengandung, warga tua , kanak-kanak, serta orang kurang upaya untuk menaiki LRT. Keadaan yang penuh sesak menyebabkan juga masalah social seperti kes raba, kecurian, dan kelakuan sumbang para remaja semasa menggunakan LRT.
FAKTOR PENYEBAB KESESAKAN PENGANGKUTAN AWAM
Kesesakan dalam pengangkutan awam boleh dilihat pada musim perayaan ataupun pada musim cuti persekolahan. Situasi ini berlaku kerana, orang ramai yang bekerja di ibu kota akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang untuk pulang ke kampung bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta untuk menjimatkan masa dan kos. Pada musim perayaan juga, tiket bas akan kehabisan dengan cepat kerana semua warga kota ingin pulang berhari raya di kampong halaman masing-masing terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi, serta pekerja yang bekerja di ibu kota.
Selain itu juga, kesesakan dalam pengangkutan awam boleh dilihat pada hari bekerja iaitu pada waktu pagi dan petang. Situasi ini boleh dilihat dalam komuter pada waktu pagi apabila para pengguna akan menggunakan komuter untuk ke tempat kerja mereka dan meninggalkan kenderaan mereka di tempat yang disediakan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Para pekerja ini menggunakan perkhidmatan bas dan komuter untuk memudahkan mereka bergerak dan menjalankan urusan seharian. Mereka tidak perlu memandu sendiri setelah kepenatan bekerja sepanjang hari dan hanya perlu menunggu bas atau komuter apabila pulang dari tempat kerja. Para pengguna ini ingin mengelakkan kesesakan jalan raya tetapi ketibaan komuter yang lambat dan tidak mengikut jadual perjalanan menyebabkan kesesakan dalam komuter berlaku.
Kesesakan dalam bas juga berlaku ketika waktu petang dan tamat persekolahan. Para pelajar di Bandar biasanya menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke rumah kerana ibu atau bapa mereka bekerja menyebabkan tiada orang yang dapat menjemput mereka pulang dari sekolah. Mereka perlu berdikari dan menggunakan perkhidmatan komuter dan bas untuk pulang ke rumah. Kesesakan dalam pengangkutan awam berlaku pada waktu-waktu genting begini iaitu pagi dan petang kerana orang ramai berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pergi dan pulang dari sekolah atau tempat kerja.
ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENGANGKUTAN AWAM
Antara isu yang sering timbul apabila bercakap tentang pengangkutan awam ialah berkaitan dengan aksesibiliti kepada pengangkutan awam iaitu tidam mesra orang kurang upaya (OKU). Kita sering terdengar isu yang mengatakan bahawa pengangkutan awam yang terdapat di negara kita tidak mesra OKU menyebabkan mereka menghadapi kesukaran apabila ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. selain itu juga, pengangkutan awam yang tidak mesra golongan ini menyebabkan mereka sukar untuk melakukan aktiviti harian dan kehidupan dalam bermasyarakat. Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengamabil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan beberapa rundingan dan mesyuarat dengan pihak pengusaha pengangkutan awam untuk mengatasi masalah tersebut.
Isu lain yang diperkatakan tentang perkhidmatan awam pada hari ini ialah perkhidmatan yang disediakan kurang efisien dan tidak berkualiti menyebabkan pengangkutan tidak menjadi pilihan utama generasi pada hari ini. Hal ini kerana, terdapatnya sesetengah pemandu bas dan teksi yang biadap dan kurang sopan apabila berurusan dengan penumpang. Mereka memarahi penumpang sesuka hati dan tidak menghormati penumpang dengan sewajarnya. Selain itu juga, kebanyakkan bas awam tidak terjaga dijaga dengan baik menyebabkan suasana dalam kenderaan tersebut tidak selesa bagi orang ramai, berbau busuk, kotor, panas dan sebagainya. Ini menyebabkan penumpang merasa tidak selesa apabila berada didalam bas tersebut. penumpang juga sering kali tidak berpuas hati dengan sikap pemandu bas kerana mereka tidak menghormati penumpang, kasar dan memarahi penumpang sesuka hati tanpa mengira usia sama ada warga emas ataupun tidak. Situasi ini berlaku apabila terdapat penumpang yang tersalah menekan loceng tetapi tidak turun di destinasi tersebut. pemandu juga akan memarahi penumpang yang membawa makanan atau minuman ke dalam kenderaan mereka walaupun makanan tersebut tidak di makan di dalam bas mereka. hal ini menyebabkan pengguna tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pemandu dan mereka akan hilang keyakinan terhadap pengangkutan awam dan tidak akan menggunakan perkhidmatan tersebut. Pengguna akan menggunakan kenderaan sendiri menyebabkan masalah lain pula akan timbul iaitu masalah kesesakan lalu lintas kerana orang ramai tidak menggunakan pengangkutan awam yang disediakan bagi mengelakkan masalah kesesakan.
Isu pengangkutan awam turut dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Hal ini demikian kerana, masyarakat sering menganggap pengangkutan awam ini tidak cekap terutamanya sistem pengangkutan bas yang tidak boleh diharap terutamanya jadual perjalanannya yang tidak menentu menyebabkan orang ramai atau pengguna sukar untuk merancang dan menjangkakan tempoh perjalanan yang akan mereka tempuhi. Selain itu, masalah penjagaan bas, LRT dan teksi juga termasuk dalam masalah ini kerana penyelengaraan yang tidak menyeluruh dilakukan terhadap sistem pengangkutan tersebut. Oleh sebab itu, masyarakat bukan sahaja menyampah dan tidak berpuas hati dengan kegagalan pengangkutan awam untuk mematuhi jadual perjalanannya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan awam pengangkutan awam tersebut.
Bilangan bas dan teksi yang tidak mencukupi juga menjadi satu isu dalam pengangkutan awam. Situasi ini tidak menghairankan sekiranya peruntukan belanjawan kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan kita lebih mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan kebajikan rakyat. Situasi ini juga disebabkan oleh hanya terdapat beberapa syarikat bas sahaja yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Oleh sebab itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama para pengguna untuk bergerak ke sesuatu destinasi ke satu destinasi sama ada yang berdekatan atau sebaliknya. Situasi ini berlaku kerana golongan muda pada hari ini tidak mahu membazirkan masa mereka dengan menunggu bas awam untuk ke sesuatu destinasi kerana mereka berpendapat “masa itu emas” dan tidak patut di bazirkan semata-mata untuk menunggu bas. Golongan ini lebih suka memandu sendiri untuk ke sesuatu tempat.
Isu yang sering diperkatakan juga tentang pengangkutan awam di negara kita ialah dilemma utama yang dihadapi oleh masyarakat iaitu harga tiket yang mahal. Masyarakat tidak mahu menggunakan sistem pengangkutan awam dengan lebih kerap kerana kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal. Keadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Contohnya, mereka hanya menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat sahaja. Oleh sebab itu, kerajaan perlu memberi perhatian segera terhadap kemelut utama ini sekiranya ingin melihat rakyat negara ini beramai-ramai menggunakan perkhidmatan LRT.
CARA-CARA MENGATASI KESESAKAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA
# Menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih lancar.
# Meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru dan menambah bilangan bas.
# Perancangan yang rapi serta organisasi yang dapat menghasilkan perkhidmatan awam yang cekap.
# Bagi menampung keperluan pada waktu puncak, pengendali bas ekspres yang memiliki bas dua tingkat yang boleh menampung bilangan penumpang yang ramai perlu dibenarkan untuk membuat tawaran kontrak
berkala menjalankan khidmat bas ERT,
# Semua bas dan perhentian bas serta pengangkutan utama perlu direkabentuk menurut prinsip 'universal accessibility' yang dapat mempercepat khidmat bas dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan itu.
Rujukan:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspmy=2009&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_1 .htm&arc=hive
http://www.panducermat.org.my/Pengangkutan-KL-lumpuh-waktu-puncak.html
http://www.dor.gov.my/press25.php
http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12470&Itemid=460
Gambar-Gambar Kesesakkan Pengangkutan Awam..
No comments:
Post a Comment