KEFUNGSIAN SOSIAL
Kefungsian bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelerasan kepada suatu sistem berlaku. Kefungsian sosial pula boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang sangat penting untuk melengkapkan hubungan antara komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Selain itu, kefungsian sosial juga lazimnya memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa kefungsian sosial, kehidupan seharian manusia akan menjadi huru hara dan mungkin menyebabkan bencana. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosiolisasi itu memberi impak kepada persekitaranya. Komponen-komponen utama yang wajib ada bagi menilai sejauhmana keberkesanan kefungsian sosial itu adalah berdasarkan status sosial, rol sosial, kelompok sosialdan institusi sosial.
Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil, mantap, mempunyai tingkah laku yang tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat itu hidup dalam kucar kacir. Kefungsian sosial juga melihat dalam sudut yang pelbagai. Kebiasaanya, seorang individu itu memaikan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa.
Contohnya, seorang guru yang sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai lima orang. seperti contoh yang diberi, sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada anak-anak, kefungsian sosial kit adapat lihat dari segi peranan yang dijalankan oleh seorang guru kepada anak-anak murid dalam sesi pendidikan malah sebagai tanggungjawab untuk bekerja mencari duit untuk menyara anak-anaknya. Guru ini akan terus bekerja sebagai guru untuk memdidik malah juga meneruskan juga tanggungjawabnya terhadapa anak-anak. Oleh itu kefungsian sosial seseorang individu adalah berbeza bagi setiap individu dengan individu yang lain kerana faktor persekitaran dan juga perubahan masa. Maka seorang guru itu juga mempunyai peranan yang lai ketika berada di sekolah untuk mendidik dan juga berperanan dirumah untuk keluarga, kelancaran hidup bersosial seorang guru dapat diuruskan dengan baik jika ia dapat membezakan tempat dan waktu ketika bersama dengan orang lain.
Selain itu, kefungsian sosial dalam aspek ekonomi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Kefungsian sosial juga saling berkaitan antara satu sama lain, dimana manusia memerlukan keperluan asasnya untuk meneruskan kehidupan seharian yang mana memerlukan perbelanjaan. Walaubagaimanapun kefungsian sosial bukan sahaja dilihat dari aspek ekonomi malahan juga dalam aspek politik iaitu terdapat tiga perkara yang dapat dibincangkan seperti keperluan, kehendak dan kepentingan. Selain itu, politik boleh mewujudkan suasana yang tidak teratur dalam masyarakat dan kepentingan yang berbeza menimbulkan sebarang konflik.
No comments:
Post a Comment