Wednesday, September 1, 2010

MASALAH SOSIAL

MASALAH SOSIAL MEREMPIT














Masa: 11.30 pm
Tarikh:20.08.2010
Tempat:Temerloh, Pahang.



MASALAH SOSIAL KESESAKAN PENGANKUTAN AWAM














Masa: 3.15pm
Tarikh: 19.08.2010
Tempat: Ktm,Serdang.


MASALAH SOSIAL MELEPAK














Masa: 6.35pm
Tarikh: 21.08.2010
Tempat: Temerloh, Pahang.

MASALAH SOSIAL KEMISKINAN














masa: 2.30 pm
tarikh: 03.09.2010
tempat:Masjid Jamek

MASALAH PONTENG SEKOLAH


















masa: 10.00 am
tarikh: 01.09.2010
tempt: Meru.Klang

Tuesday, August 31, 2010

Isu Kesesakan Pengangkutan Awam..



DEFINISI PENGANGKUTAN AWAM

Pengangkutan merupakan satu keperluan asas dalam kehidupan semua orang, sama ada secara persendirian ataupun awam. Pengangkutan mampu memberikan kesempurnaan dan peningkatan kepada kualiti hidup seharian. Pengangkutan awam merupakan salah satu alternatif dalam pemilikan kenderaan sendiri. Selain membantu mengurangkan kos sara hidup dalam membayar pinjaman kenderaan dan kenaikan harga minyak, ia juga mampu menyelamatkan alam sekitar dengan penjimatan tenaga dan pengurangan kepada penggunaan bahan api fosil. Pengangkutan awam juga merupakan pengangkutan yang disediakan oleh pihak awam yang digunakan oleh orang ramai dan dikenakan bayaran. Pengangkutan awam biasanya dikawal sebagai pengangkutan umum dan biasanya dikonfigurasi untuk menawarkan perkhidmatan berjadual dalam laluan tetap tanpa penempahan. Kebanyakan penumpang transit bergerak dalam lingkungan kawasan tempatan di antara rumah mereka dan tempat kerja, beli-belah atau pendidikan.


      komuter merupakan salah satu pengangkutan awam yang sering digunakan oleh orang awam.


JENIS-JENIS PENGANGKUTAN AWAM

Sambutan masyarakat terhadap pengangkutan awam amat menggalakkan di segenap masyarakat. Kita dapat lihat bahawa Negara kita telah memiliki pelbagai jenis pengangkutan awam yang boleh menjadi pilihan bagi sesetengah pengguna di seluruh tempat seperti bandar, bandar besar dan sebagainya. Antara pengangkutan awam yang terdapat di Malaysia ialah seperti teksi,bas, monorail,kereta api, komuter LRT,kapal terbang dan feri bergantung pada situasi dan jarak perjalanan. Manakala di tempat seperti pecan kecil, atau kampong-kampung terdapat motosikal tambang bagi memudahkan pengguna yang keluar masuk ke kampung.

Walau bagaimanapun, sistem pengurusan pengangkutan awam di Negara kita tidak sistematik, dan tidak efisyen. Hal ini kerana berikutan ketiadaan penyelarasan atau garis panduan untuk mewujudkan satu sistem yang berkesan dalam mengendalikan operasi pengangkutan awam di seluruh Malaysia. Hal ini kerana memerlukan pelbagai lapisan masyarakat seperti kanak-kanak, remaja, belia, dan warga tua dan tidak ketinggalan warga orang kurang upaya.


KESAN PENGGUNAAN PENGANGKUTAN AWAM

Ekoran daripada penggunaan pengankutan awam yang menjadi pilihan rakyat ,kerajaan telah mengumumkan bahawa tidak harga kenaikan minyak petrol dan diesel kepada pengakutan awam tidak akn berlaku. Malahan juga pengusaha sistem pengankutan awam juga tidak mempunyai alasan untuk menaikakn harga tambang kepada pengguna. Selain itu, Ekoran peningkatan penggunaan pengankutan awam juga menyebabkan semua kenderaan awam di negara ini termasuk bas henti-henti, teksi, bas sekolah, bas ekspres dan lori adalah kumpulan yang mendapat faedah menerusi subsidi minyak melalui penggunaan kad fleet yang diperkenalkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. walaubagaimanapun, kerajaan sedang mengkaji kemudahan-kemudahan lain yang akan disediakan kepada pengusaha pengangkutan awam bagi disesuaikan dengan keadaan semasa kerana kali terakhir kadar tambang dinaikkan adalah pada 2005. Selain itu berdasarkan kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat perunding itu kini di peringkat akhir. antara pendekatan yang dicadangkan adalah kadar tolistimewabagi bas dan pengurangan cukai jalan.

Kesan positif juga kita dapat lihat kesan daripada penggunaan pengankutan awam, telah mengurangkan kadar kesesakan lalu lintas di jalan raya dan secara tidak langsung dapat mengurangkan pencemaran udara. Selain itu kesan negatif pula akan berlaku juga apabila penggunaan pengankutan yang pesat iaitu peningkatan pembakaran bahan api fosil melalui penggunaan minyak, selain itu juga menyebabkan pencemaran bunyi bising, pencemaran bunyi bising, yang dilakukan oleh kenderaan berat seperti kereta api, bas dan sebagainya.

Manakala kesan negatif pula kita dapat lihat dari segi perkhidmatan ,dimana terdapat sesetengah pemilik kenderaan awam seperti teksi telah mengenakan caj tambahan yang begitu mahal dan terdapat penipuan dalam penggunaan tambang betmeter. Begitu juga dengan penggunaan bas awam, dimana kadar tambang juga perlu diselaraskan mengikut kilometer dengan harga yang sepatutnya. Keadaan bas yang uzur dan mengeluarkan asap hitam mencemarkan alam sekitar, malah ia turut membahayakan para pengguna dengan ketiadaan piawaian bas yang sepatutnya digunakan untuk mengambil penumpang dan mempertaruhkan nyawa pengguna untuk menaiki bas tersebut. Malahan juga ketidakselesaan tempat duduk membahayakan penumpang apabila memuatkan lebihan penumpang. Selain itu, kita juga dapat lihat kesesakan penggunaan LRT dimana ia ketiadaan system yang sistematik. Kedaan ini menyukarkan pengguna yang terdiri daripada ibu mengandung, warga tua , kanak-kanak, serta orang kurang upaya untuk menaiki LRT. Keadaan yang penuh sesak menyebabkan juga masalah social seperti kes raba, kecurian, dan kelakuan sumbang para remaja semasa menggunakan LRT.






FAKTOR PENYEBAB KESESAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Kesesakan dalam pengangkutan awam boleh dilihat pada musim perayaan ataupun pada musim cuti persekolahan. Situasi ini berlaku kerana, orang ramai yang bekerja di ibu kota akan menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan kapal terbang untuk pulang ke kampung bagi mengelakkan kesesakan jalan raya serta untuk menjimatkan masa dan kos. Pada musim perayaan juga, tiket bas akan kehabisan dengan cepat kerana semua warga kota ingin pulang berhari raya di kampong halaman masing-masing terutamanya para pelajar institusi pengajian tinggi, serta pekerja yang bekerja di ibu kota.

Selain itu juga, kesesakan dalam pengangkutan awam boleh dilihat pada hari bekerja iaitu pada waktu pagi dan petang. Situasi ini boleh dilihat dalam komuter pada waktu pagi apabila para pengguna akan menggunakan komuter untuk ke tempat kerja mereka dan meninggalkan kenderaan mereka di tempat yang disediakan untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Para pekerja ini menggunakan perkhidmatan bas dan komuter untuk memudahkan mereka bergerak dan menjalankan urusan seharian. Mereka tidak perlu memandu sendiri setelah kepenatan bekerja sepanjang hari dan hanya perlu menunggu bas atau komuter apabila pulang dari tempat kerja. Para pengguna ini ingin mengelakkan kesesakan jalan raya tetapi ketibaan komuter yang lambat dan tidak mengikut jadual perjalanan menyebabkan kesesakan dalam komuter berlaku.

Kesesakan dalam bas juga berlaku ketika waktu petang dan tamat persekolahan. Para pelajar di Bandar biasanya menggunakan perkhidmatan bas awam untuk pulang ke rumah kerana ibu atau bapa mereka bekerja menyebabkan tiada orang yang dapat menjemput mereka pulang dari sekolah. Mereka perlu berdikari dan menggunakan perkhidmatan komuter dan bas untuk pulang ke rumah. Kesesakan dalam pengangkutan awam berlaku pada waktu-waktu genting begini iaitu pagi dan petang kerana orang ramai berpusu-pusu menggunakan perkhidmatan tersebut untuk pergi dan pulang dari sekolah atau tempat kerja.


ISU YANG BERKAITAN DENGAN PENGANGKUTAN AWAM

Antara isu yang sering timbul apabila bercakap tentang pengangkutan awam ialah berkaitan dengan aksesibiliti kepada pengangkutan awam iaitu tidam mesra orang kurang upaya (OKU). Kita sering terdengar isu yang mengatakan bahawa pengangkutan awam yang terdapat di negara kita tidak mesra OKU menyebabkan mereka menghadapi kesukaran apabila ingin menggunakan perkhidmatan tersebut. selain itu juga, pengangkutan awam yang tidak mesra golongan ini menyebabkan mereka sukar untuk melakukan aktiviti harian dan kehidupan dalam bermasyarakat. Oleh sebab itu, pihak Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah mengamabil beberapa tindakan untuk mengatasi masalah ini seperti mengadakan beberapa rundingan dan mesyuarat dengan pihak pengusaha pengangkutan awam untuk mengatasi masalah tersebut.

Isu lain yang diperkatakan tentang perkhidmatan awam pada hari ini ialah perkhidmatan yang disediakan kurang efisien dan tidak berkualiti menyebabkan pengangkutan tidak menjadi pilihan utama generasi pada hari ini. Hal ini kerana, terdapatnya sesetengah pemandu bas dan teksi yang biadap dan kurang sopan apabila berurusan dengan penumpang. Mereka memarahi penumpang sesuka hati dan tidak menghormati penumpang dengan sewajarnya. Selain itu juga, kebanyakkan bas awam tidak terjaga dijaga dengan baik menyebabkan suasana dalam kenderaan tersebut tidak selesa bagi orang ramai, berbau busuk, kotor, panas dan sebagainya. Ini menyebabkan penumpang merasa tidak selesa apabila berada didalam bas tersebut. penumpang juga sering kali tidak berpuas hati dengan sikap pemandu bas kerana mereka tidak menghormati penumpang, kasar dan memarahi penumpang sesuka hati tanpa mengira usia sama ada warga emas ataupun tidak. Situasi ini berlaku apabila terdapat penumpang yang tersalah menekan loceng tetapi tidak turun di destinasi tersebut. pemandu juga akan memarahi penumpang yang membawa makanan atau minuman ke dalam kenderaan mereka walaupun makanan tersebut tidak di makan di dalam bas mereka. hal ini menyebabkan pengguna tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pemandu dan mereka akan hilang keyakinan terhadap pengangkutan awam dan tidak akan menggunakan perkhidmatan tersebut. Pengguna akan menggunakan kenderaan sendiri menyebabkan masalah lain pula akan timbul iaitu masalah kesesakan lalu lintas kerana orang ramai tidak menggunakan pengangkutan awam yang disediakan bagi mengelakkan masalah kesesakan.

Isu pengangkutan awam turut dikaitkan dengan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Hal ini demikian kerana, masyarakat sering menganggap pengangkutan awam ini tidak cekap terutamanya sistem pengangkutan bas yang tidak boleh diharap terutamanya jadual perjalanannya yang tidak menentu menyebabkan orang ramai atau pengguna sukar untuk merancang dan menjangkakan tempoh perjalanan yang akan mereka tempuhi. Selain itu, masalah penjagaan bas, LRT dan teksi juga termasuk dalam masalah ini kerana penyelengaraan yang tidak menyeluruh dilakukan terhadap sistem pengangkutan tersebut. Oleh sebab itu, masyarakat bukan sahaja menyampah dan tidak berpuas hati dengan kegagalan pengangkutan awam untuk mematuhi jadual perjalanannya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan awam pengangkutan awam tersebut.

Bilangan bas dan teksi yang tidak mencukupi juga menjadi satu isu dalam pengangkutan awam. Situasi ini tidak menghairankan sekiranya peruntukan belanjawan kerajaan dikatakan kurang untuk kemudahan awam kerana kerajaan kita lebih mengutamakan pembangunan fizikal negara berbanding dengan meningkatkan kebajikan rakyat. Situasi ini juga disebabkan oleh hanya terdapat beberapa syarikat bas sahaja yang ditubuhkan seperti Transnasional, Metro, Intrakota dan sebagainya. Oleh sebab itu, bas awam tidak menjadi pilihan utama para pengguna untuk bergerak ke sesuatu destinasi ke satu destinasi sama ada yang berdekatan atau sebaliknya. Situasi ini berlaku kerana golongan muda pada hari ini tidak mahu membazirkan masa mereka dengan menunggu bas awam untuk ke sesuatu destinasi kerana mereka berpendapat “masa itu emas” dan tidak patut di bazirkan semata-mata untuk menunggu bas. Golongan ini lebih suka memandu sendiri untuk ke sesuatu tempat.

Isu yang sering diperkatakan juga tentang pengangkutan awam di negara kita ialah dilemma utama yang dihadapi oleh masyarakat iaitu harga tiket yang mahal. Masyarakat tidak mahu menggunakan sistem pengangkutan awam dengan lebih kerap kerana kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal. Keadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh. Contohnya, mereka hanya menggunakan pengangkutan awam untuk ke pejabat sahaja. Oleh sebab itu, kerajaan perlu memberi perhatian segera terhadap kemelut utama ini sekiranya ingin melihat rakyat negara ini beramai-ramai menggunakan perkhidmatan LRT.





CARA-CARA MENGATASI KESESAKAN PENGANGKUTAN AWAM DI MALAYSIA

# Menyediakan sistem pengangkutan awam yang lebih cekap dan dapat memberikan perkhidmatan yang lebih lancar.
# Meningkatkan kapasiti perkhidmatan rel sedia ada, membina laluan rel baru dan menambah bilangan bas.
# Perancangan yang rapi serta organisasi yang dapat menghasilkan perkhidmatan awam yang cekap.
# Bagi menampung keperluan pada waktu puncak, pengendali bas ekspres yang memiliki bas dua tingkat yang boleh menampung bilangan penumpang yang ramai perlu dibenarkan untuk membuat tawaran kontrak
berkala menjalankan khidmat bas ERT,
# Semua bas dan perhentian bas serta pengangkutan utama perlu direkabentuk menurut prinsip 'universal accessibility' yang dapat mempercepat khidmat bas dan menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan itu.

Rujukan:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspmy=2009&dt=0202&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_1 .htm&arc=hive

http://www.panducermat.org.my/Pengangkutan-KL-lumpuh-waktu-puncak.html

http://www.dor.gov.my/press25.php

http://www.kpdnkk.gov.my/index.php?option=com_content&task=view&id=12470&Itemid=460


Gambar-Gambar Kesesakkan Pengangkutan Awam..



Friday, August 27, 2010


PEMBUANGAN BAYI
Pembuangan bayi merupakan salah satu bentuk jenayah yang tidak asing lagi berlaku pada masa kini, ia seolah-olah perkara yang biasa dan tidak pelik pada masa kini. Kes pembuangan bayi dikatak semakin melarat adalah berpunca daripada kejadian kehamilan yang tidak sah yang berlau dikalangan remaja. Terdapat ramai remaja yang hamil kuar nikah hasil hubungan seksual mendorong penambahan pembuangan bayi berlaku. Bagi menutup malu dan takut remaja itu akan bertindak untuk membuang bayi tersebut, selain itu juga perkara yang mendorong seseorang untuk melakukan jenayah ini ialah kerana pertambahan pusat-pusat pelacuran dan juga kegiatan tidak bermoral dikalangan masyarakat seperti lari dari rumah, rempit, seks rambang dan sebagainya.
Menurut statistic yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, terdapat sejumlah 257,441 sijil pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf iaitu bermula dari 2000 sehingga 2008. Berdasarkan statistik ini, kita dapati terdapat kongsi bahawa teryata kes pembuangan bayi dan kelahiran anak tidak sah taraf adalah ekoran daripada kesan masalah sosial yang berlaku dalam kalangan masyarakat kita hari ini terutamanya dikalangan generasi muda kita hari ini. Manakala mengikut statistic Polis Diraja Malaysia (PDRM) Selangor mencatatkan 105 kes pembuangan bayi , dan Jbatan Kebajikan Masyarakat JKM pula merekodkan 3,234 kes penderaan terhadap kanak-kanak. Secara keseluruhannya terdapat 407 ke yang direkodkan berkaitan pembuangan bayi dan 10,758 kes penderaan kanak-kanak sejak lima tahun lalu.
Ekoran daripada kes pembuangan bayi yang semakin bertambah, kejadian ini telah memberikan kesan negatif kepada masyarakat kita hari ini. Kita dapat lihat kesan itu dari sudut perubatan, dimana kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan yang tidak sempurna, contohnya bagi kes penguguran bayi. Selain itu tahap kesigatan ibu akan merosok akibat daripada pendarahan, jamgkitan kuman dan juga kecederaan sewaktu bersalin. Manakala dari sudut psikologi kita dapati bahawa akan berlaku sindrom kemurungan oleh ibu-ibu.
Bagi mengatasi masalah social ini, kesedaran dalam diri amat diperlukan dalam seseorang individu, kerana anak yang dilahirkan tidak memahami erti kehidupan dan masih kecil oleh itu, kesedaran seseorang individu amatlah penting untuk menghindarkan daripada berlaku nya pembuangan bayi. Selain daripada itu, ibu-bapa dan pihak kerajaan perlu mangambil langkah untuk mengatsi masalah sosial ini, kerana kita tidak mahu budaya Negara kita yang harmoni ini dicemari dengan masalah sosial yang boleh meruntuhkan keharmonian kita. oleh itu kita tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak kerana ia brgantung kepada diri seseorang itu sendiri.









Rujukan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0328&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_26.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_19.htm

Wednesday, August 11, 2010

TEORI BERKAITAN PRAKTIS KERJA SOSIAL

Terdapat pelbagai pendekatan teori berkaitan dengan praktis kerja social di peringkat mikro yangb telah wujud. Teori atau model baru boleh terhasil daripada pengalaman kerja dalam pelbagai situasi yang berbaza. Perbezaan dari segi penggunaan model yang dipilih berdasarkan kecenderungan masing-masing. Pekerja social tetap dikawal oleh nilai profesion ini. Oleh itu kepercayaan serta profesionaliti intervensi yang dijalankan tetap terjaga dan tidak perlu dipertikaikan. Pengamal kerja social menggunakan pelbagai model dan pendekatan elektrik yang menggabungkan pelbagai aspek daripada pelbagai teorisebagai rangka kerja praktis terutamanya untuk tujuan intervensi.
Antara teori yang dapat diulaskan ialah tentang Psikologi Ego, secara umumnya psikologi ego merujuk kepada teori rawatan psikologi. Tekanan daripada psikologi ego lebih dipengaruhi oleh factor dalaman keluarga dengan persekitaran luaran mereka. Perkara utama yang ditekankan dalam teori ini ialah kebolehan individu untuk beradaptasi dengan tekanan luaran menggunakan sesuatu cara untuk mwujudkan rasa selamat dan kepuasan hidup. Biasanya tekanan hidup dalam diri berpunca akibat tidak menyelesaikan sesuatu masalah persekitaran mereka. Tiada kemahiran adaptasi yang sehingga sesuai menyebabkan masalah menjadi buruk sehinggakan mnyebabkan seseorang individu atau sesebuah keluarga itu berasa tidak selamat, tidak berani menghadapi risiko, cemas dan lebih serius , wujud pula masalh mental. Psikologi ego juga menekankan akibat yang diterima oleh klien kerana tidak mampu beradaptasi dengan persekitaranya seperti kehilangan kerja, penceraian, kemiskinan , kematian dan sebagainya. Oleh itu psikologi ego adalah terapi dalaman , pekerja social mestimendedahkan klien dengan situasi kehidupan yang sebenar dan memberikan klien kemahiran untuk beradaptasi dengan lebih baik.






Teori keperluan Maslow
Struktur dan fungsi di dalam badan organisme mempunyai keperluan yang tertentu. Telah diakui bahawa manusia sebagai makhluk yang paling tinggi mempunyai keperluan yang kompleks. Berdasarkan Atan Long ( 1976 : 131 ), Maslow (1954) telah menjelaskan bahawa keperluan-keperluan manusia itu berperingkat-peringkat. Sesuatu peringkat keperluan yang lebih tinggi tidak mungkin diperolehi sebelum keperluan yang lebih rendah peringkatnya dipenuhi terlebih dahulu. Pada peringkat yang paling asas terdapat keperluan hayat ataupun keperluan fisiologi. Setelah keperluan ini dipenuhi baharulah keperluan keselamatan, diikuti keperluan kasih-sayang, seterusnya peringkat penghargaan kendiri atau penghormatan diri dan peringkat tertinggi atau puncak bagi keperluan manusia adalah peringkat keperluan bagi penyempurnaan kendiri.
Peringkat keperluan manusia mengikut teori Maslow ini dapat dilihat seperti rajah di bawah.

1. Keperluan Estetik
2. Keperluan Mengetahui
3. Penyempurnaan Diri
4. Penghargaan Kendiri
5. Kasih Sayang
6. Keselamatan
7.keperluan Fisiologi

Model Maslow yang berbentuk peringkat itu merupakan perkembangan ‘ontological’ individu kerana setiap peringkat perkembangan perlu dilalui oleh individu misalnya pada masa bayi atau kanak-kanak, individu memerlukan perlindungan dan keselamatan, diikuti dengan kasih-sayang, dan penghormatan diri dan keperluan ini terus bertambah sehingga kepada peringkat penyempurnaan kendiri. Kajiannya mendapati semakin tinggi keperluan individu itu maka semakin kurang pergantungan kepada persekitaran social kerana dalam hal ini individu menggunakan pengalaman lampau untuk menentukan tingkah-lakunya. Pada masa ini motivasi bergantung kepada kemahuan dalaman, kemampuan, potensi, bakat, dan kreativiti impuls individu. Sementara itu persekitaran actor merupakan actor desakan dalam mencapai kemahuan ini. Maka dengan itulah juga Maslow menamakan keperluan peringkat terbawah sebagai keperluan kekurangan dan peringkat paling tinggi sebagai keperluan perkembangan.
Keperluan Fisiologi
Mengikut teori Maslow, peringkat ini merupakan keperluan yang paling asas. Keperluan ini adalah penting bagi kehidupan sesuatu organisme, apatah lagi manusia. Keperluan asas ini merangkumi apa yang diperlukan untuk diri atau fizikal seseorang seperti keperluan mendapatkan makanan, minuman dan tempat tinggal. Membicarakan teori motivasi Maslow dalam konteks pendidikan, pelajar-pelajar yang mendapat kurang makanan tidak dapat menumpukan perhatian yang sepenuhnya terhadap pelajaran mereka. Ini kerana kesan daripada kekurangan keperluan ini akan mengakibatkan kesihatan pelajar terganggu atau terjejas. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, para guru sepatutnya memberikan perhatian dan mengambil berat kepada tanda-tanda yang menunjukkan apa-apa kekurangan dari segi fizikal pelajar itu. Sekiranya keperluan ini tidak dipenuhi pelajar akan kurang bermotivasi atau berminat terhadap pelajaran.
Selain itu, salah satu lagi yang termasuk dalam keperluan asas manusia adalah keperluan seks. Keperluan ini akan mencapai kemuncaknya apabila seseorang itu mencapai peringkat baligh. Melalui keperluan ini, setiap individu dapat mengetahui peranan jantina masing-masing. Mereka perlu berkahwin untuk memenuhi keperluan seks. Bagi remaja yang cuba memenuhi keperluan seks melalui hubungan seks yang tidak selamat, boleh mendatangkan penyakit yang berbahaya kepada mereka. Kekurangan keperluan seks boleh menyebabkan seseorang individu tidak dapat melakukan tugasan lain kerana keperluan ini adalah merupakan keperluan utama yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.
Keperluan Keselamatan
Telah menjadi lumrah setiap yang bernyawa, aspek keselamatan amat penting dalam hidup. Demikianlah tiap-tiap individu memerlukan keperluan ini tetapi dengan kekuatan yang berbeza-beza.. Ada individu yang kurang mempunyai keperluan ini dan menjadikannya lebih gemar bersendirian, tetapi ada individu yang mempunyai keperluan ini dengan kuatnya sehingga menjadikannya bergantung di dalam banyak hal kepada orang lain. Keperluan ini boleh jadi timbul daripada keadaan anak-anak kecil yang tidak dapat hidup dengan sendirinya dan memaksa ia bergantung kepada orang dewasa terutama ibu bapa untuk mendapatkan keperluan ini agar ia sentiasa dilindungi. Sebagai contoh semasa dalam kesakitan seorang kanak-kanak amat memerlukan jagaan ibu bapa. Sikap kepekaan dan keprihatinan seorang ibu atau bapa yang bertanggungjawab diharapkan demi menjaga keselamatannya dan hasil penyelidikan yang dibuat oleh Harlow dan Zimmerman (1958) berdasarkan kajiannya turut menunjukkan betapa pentingnya perdampingan dan sentuhan orang dewasa kepada seseorang kanak-kanak.
Hal yang sedemikian turut berlaku di dalam kelas. Pelajar-pelajar memerlukan keselamatan daripada seorang guru iaitu dalam bentuk disiplin. Oleh itu dari peringkat awal lagi, kanak-kanak perlu diajar akan disiplin ini. Mereka tidak boleh dibiarkan mendisiplinkan diri mereka sendiri. Sebagai seorang yang berpengalaman, wajarlah ibu bapa memainkan peranannya dalam mendidik dan mengajari kanak-kanak akan hal ini.
Di dalam kelas guru pula berperanan besar. Keselamatan di dalam kelas dapat dijamin jikalau seseorang guru itu bertindak dengan konsisten. Ini kerana pelajar-pelajar itu akan dapat belajar dengan lebih berkesan jika mereka dapat mengetahui perasaan atau ‘mood’’ guru itu. Contohnya, cara seseorang guru itu memberikan arahan. Semestinya setiap arahan yang diberi tidak bercanggah. Di samping itu apa yang penting juga guru seharusnya ada sikap toleransi terhadap para pelajarnya. Ini kerana pelajar-pelajar akan berasa selamat dan membolehkan mereka dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap proses pembelajaran.

Keperluan Kasih-sayang
Berdasarkan Teori Maslow, turut diperlukan keperluan ini untuk mendapatkan hubungan yang mesra, kasih-sayang, dan perasaan diri. Kebiasaan yang berlaku di dalam kelas, pelajar kadang-kadang akan berasa terganggu apabila terjadi perkelahian atau perbalahan antara satu sama lain. Mereka berasakan diri dan emosi mereka berada di dalam keadaan yang tidak stabil menyebabkan tidak dapat menumpukan perhatian terhadap proses pembelajaran mereka. Keadaan ini akan menjadi lebih kritikal dan tegang jikalau mereka dimarahi pula oleh guru dan dikenakan denda. Situasi ini akan menimbulkan rasa tidak senang di kalangan pelajar terbabit dan merasakan diri mereka seolah-olah tidak disukai, dihargai, atau tidak dipedulikan oleh guru mahupun kawan-kawan. Ekoran daripada itu keinginan, minat, juga kehendak atau motivasi mereka untuk belajar akan pudar dan lenyap.
Dalam konteks ini, guru perlulah memberi tunjuk-ajar kepada mereka dengan menasihati atau mengadakan sesi kaunseling untuk mengeratkan hubungan yang baik sesama mereka. Apa yang penting juga ini akan dapat memelihara hubungan yang baik dan mesra di antara pelajar dengan guru. Melalui cara ini, pelajar akan merasakan mereka diterima, dihormati, serta dihargai oleh anggota lain dalam komuniti yang kecil dan mereka ada hak milik keanggotaan dalam komuniti tersebut. Secara tidak langsung, proses pengajaran pembelajaran berjalan dengan baik, harmonis, lancar, dan berkesan kerana masing-masing individu telah dapat memenuhi keperluan kehendaknya.

Keperluan Penghargaan Kendiri
Satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan oleh keluarga, guru dan rakan sebaya amatlah penting. Penerimaan bermaksud menghargai sifat-sifat istimewa individu sebagai manusia unik yang bebeza dengan individu lain dari segi sikap, pengetahuan dan kemahiran.Penerimaan bererti memberi peluang kepada individu belajar menerima diri mereka sendiri.Penerimaan rakan sebaya penting supaya mereka tidak merasa tersingkir.Murid yang diterima kerap kali memperolehi prestasi akademik yang tinggi berbanding individu yang tidak diterima rakan sebaya. Murid yang diterima merasai diri mereka dihargai, dikasihi dan bernilaai.Oleh itu mereka dapat berinteraksi secara positif membincangkan masalah pembelajaran dalam kumpulan.Guru perlu menyediakan aktivviti seperti projek-projek bagi setiaap murid supaya mereka dapat berdamping dan mendampingi murid yang lain.
Setiap individu memerlukan penilaian yang tinggi dan stabil tentang diri mereka. Bagi memenuhi kehendak atau membolehkan perkara ini berlaku, terlebih dahulu seseorang itu perlu menghormati dirinya sendiri dan berusaha pula menjadikan dirinya dihargai oleh orang lain. Faktor yang penting ialah keperluan ini dapat dipenuhi apabila seseorang itu mempunyai keyakinan diri dan kebebasan, juga pengiktirafan, perhatian, dan penilaian diri orang lain. Konsep ego seseorang itu berkait rapat dengan perasaan penghargaan diri. Berdasarkan Saedah, Zainun, dan Tunku Mohani (1996 : 13) mengungkap kata-kata Kubiniec, 1970, ‘Orang yang mempunyai konsep diri yang kuat lebih berkemungkinan mencapai kejayaan akademik Ini bertepatan sekali jika dihubungkaitkan dengan diri seseorang pelajar itu. Rasa ingin tahu mempunyai pertalian yang erat untuk memenuhi kehendak ini. Rasa ingin tahu ini juga akan menggerakkan pelajar tersebut mendapatkan pengetahuan dan pengalaman yang menarik perhatian mereka.
Keinginan ini juga mendorong pelajar untuk belajar dan mencari pengetahuan dengan membaca buku, mentelaah, menjalani proses pembelajaran atau mencuba berbagai-bagai perkara yang belum dialaminya. Oleh itu menjadi tugas seseorang guru memberikan tugasan, yang sesuai untuk diterokai serta yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh pelajar. Pelajar akan merasakan diri mereka penting apabila sesuatu tugasan yang diberi dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. Ini dapat memupuk diri pelajar untuk lebih berkeyakinan seterusnya keinginan dan minat mereka untuk terus belajar dan berjaya makin meluap-luap. Seseorang guru juga perlu berusaha dan memastikan jangan ada pelajarnya yang gagal atau tercicir kerana mereka ini akan merasakan penghargaan dirinya amat rendah.
Keperluan Penyempurnaan Kendiri
Konsep kendiri adalah pengertian atau kefahaman seseorang terhadap dirinya sebagai individu yang asing yang memiliki satu ciri-ciri yang unik atau istimewa ( Shaffer,1985 ).Ia membawa maksud bagaiman seseorang individu itu berpendapat dan menganggap dirinya.Penyempurnaan kendiri pula bermaksud apa yang seseorang itu boleh jadi, ia mesti jadi, iaitu potensinya dilahirkan. Anggapan dan pendapat itu adalah berasaskan kepekaan dan kesedaran tentang kekuatan dan kelemahannya.Kesedaran itu pula lahir daripada maklum balas, gerakbalas atau preaksi individu lain disepanjang pergaulan, sosialisasi atau interaksi dengan individu lain.
Cohen (1959) menjelaskan bahawa orang yang mempunyai konsep kendiri yang tinggi dikonsepsikan sebagai orang yang menyukai atau menghargai dirinya dengan melihat dirinya berkebolehan dalam hubungan dengan dunia luar. Manakala mereka yang mempunyai konsep kendiri yang rendah pula melihat dirinya sebagai orang yaang membenci dan tidak menghargai dirinya.Iaitu seseorang yang tidak berkebolehan untuk berhubung secara berkesan dengaan persekitarannya.
Peringkat penyempurnaan kendiri ini adalah peringkat yang paling tinggi dan hanya diperolehi apabila semua keperluan peringkat bawah itu telah dipenuhi. Demikian pula mengikut Atan Long (1976 : 148) daripada Maslow (1970), keperluan untuk penyempurnaan kendiri itu adalah keperluan yang menjadi kemuncak atau yang tertinggi di dalam peringkat sistem keperluan manusia. Keperluan ini hanya dapat dicapai setelah seseorang itu memenuhkan keperluan lain yang terdapat pada peringkat yang lebih bawah di dalam sistem keperluan tadi. Menurutnya lagi, keperluan penyempurnaan diri ini merupakan pemenuhan keseluruhan keperluan manusia.
Ini bermakna seseorang yang telah mencapai peringkat ini telah dapat memenuhi keperluan untuk mendapatkan keindahan dan estetika; ia telah dapat dengan sepenuhnya akan makna hidup; ia dapat menerima keadaan dirinya dan orang lain; ia merasakan gembira tentang nikmat hidup dan telah menggunakan kebolehannya dengan semaksimanya.
Penerimaan diri berlaku melalui sosialisasi dengan individu lain.Sikiranya individu itu diterima oleh orang lain, dia juga akan menerima dirinya.Penerimaan diri boleh mempengaruhi tindak tanduk individu dalam menghadapi cabaran hidup ini.Manakal perhargaan diri pula bermaksud sikap penerimaan atau tidak penerimaan individu terhadap dirinya.Individu yang tinggi penghargaan dirinya selalu berkebolehan membenteras dan mengatasi kegawatan persenoliti serta kurang upaya mengendalikan masalah yang timbul dalam hidupnya.
Untuk membina konsep kendiri yang positif ibu pada dan para pendidik perlu memberi dorongaan, bantuan dan sokongan kepada murid. Bantuan kemudahan dan sokongan moral perlu dalam pembelajaran mereka. Ibu bapa dan pendidik juga perlu menyediakan segala jenis pengalaman hidup untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka.
Dalam meniti arus kehidupan untuk membantu murid mengembangkan bakat atau potensi mereka. Di sekolah, terdapat banyak ruang atau peluang-peluang yang diberi atau disediakan kepada pelajar-pelajar untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri ini seperti pemilihan aktiviti oleh pelajar sendiri, rancangan belajar yang bebas juga sesi bimbingan kaunseling. Melalui aktiviti-aktiviti tersebut pelajar dapat memilih jenis pengetahuan atau kemahiran yang mereka kehendaki dan mereka juga bebas menggunakan masa untuk mengembangkan pengetahuan atau kemahiran itu Apabila pelajar berusaha untuk mencapai peringkat penyempurnaan kendiri, maka mereka mesti belajar dengan tekun, bersungguh-sungguh, serta melipatgandakan usaha melalui arah yang tegas dan berdisiplin. Di samping itu pelajar juga perlu mengetahui had aktiviti mereka.
Dalam membantu para pelajar berjaya mencapai sehingga peringkat ini, guru perlu memainkan peranannya. Guru harus membantu menyuburkan minat, bakat, juga kebolehan pelajar dengan menjadi pembimbing atau fasilitator kepada mereka. Dengan ini pelajar dan guru berjalan seiringan dalam memenuhi satu matlamat. Kesan daripada itu proses pengajaran serta pembelajaran dapat ditingkatkan seterusnya mendatangkan manfaat kepada semua pihak.
Keperluan Mengetahui
Keperluan mengetahui adalah berkaitan dengan perasaan ingin tahu sesuatu perkara. Ia berhubung juga dengan keperluan mencari, menyusun serta menganalisis sesuatu maklumat. Untuk mengetahui sesuatu perkara, seseorang itu mestilah berusaha mencari jawapan mengenai makna kehidupannya dan tentang kewujudan dirinya. Dalam konteks sekolah, guru mestilah sentiasa mengajar dengan cara ikuiri penemuan dan kajian supaya semua pelajar dapat melibatkan diri dalam proses mencari maklumat dan pemikiran reflektif.
Keperluan Estetik
Keperluan estetik adalah merujuk kepada keperluan manusia untuk memiliki dan memahami keindahan dan kecantikan dalam dirinya. Salah satu untuk memiliki perasaan tersebut adalah dengan cara memiliki baranganyang cantik dan mempunyai unsur-unsur kesenian dalam dirinya. Akibat keperluan ini manusia sanggup membelanjakan beratus malahan beribu ringgit untuk memiliki barangan yang indah .

Monday, August 2, 2010

Bagaimana Kefungsian Sosial Individu Dapat Membantu Menyelesaikan Masalah


KEFUNGSIAN  SOSIAL
Kefungsian bermaksud tujuan atau tugas tertentu bagi setiap anggota masyarakat kepada sistem dalam masyarakatnya dan akibat yang dihasilkan terhadap orang lain. Fungsi pula membawa maksud tugas atau keadaan yang menyebabkan proses pengadaptasian dan penyelerasan kepada suatu sistem berlaku. Kefungsian sosial pula boleh didefinisikan sebagai satu aktiviti yang sangat penting  untuk melengkapkan hubungan antara komponen pengalaman sosial dalam kehidupan seharian. Selain itu, kefungsian sosial juga lazimnya memainkan peranan penting dalam setiap aspek kehidupan. Tanpa kefungsian sosial, kehidupan seharian manusia akan menjadi huru hara dan mungkin menyebabkan bencana. Kefungsian sosial lebih melihat kepada bagaimana sesuatu proses sosiolisasi itu memberi impak kepada persekitaranya. Komponen-komponen utama yang wajib ada bagi menilai sejauhmana keberkesanan  kefungsian sosial itu adalah berdasarkan status sosial, rol sosial, kelompok sosialdan institusi sosial.
Kehidupan bersosial melahirkan masyarakat yang stabil, mantap, mempunyai tingkah laku yang tertentu dan boleh dijangka. Tingkah laku yang anjal juga tidak bermakna masyarakat itu hidup dalam kucar kacir. Kefungsian sosial juga melihat dalam sudut yang pelbagai. Kebiasaanya, seorang individu itu memaikan peranan kefungsian sosial yang pelbagai dalam satu-satu masa.
Contohnya, seorang guru yang sudah berkahwin dan mempunyai anak seramai lima orang. seperti contoh yang diberi, sebagai seorang guru dan ibu bapa kepada anak-anak, kefungsian sosial kit adapat lihat dari segi peranan yang dijalankan oleh seorang guru kepada anak-anak murid dalam sesi pendidikan malah sebagai tanggungjawab untuk bekerja mencari duit untuk menyara anak-anaknya. Guru ini akan terus bekerja sebagai guru untuk memdidik malah juga meneruskan juga tanggungjawabnya terhadapa anak-anak. Oleh itu kefungsian sosial seseorang individu adalah berbeza bagi setiap individu dengan individu yang lain kerana faktor persekitaran dan juga perubahan masa. Maka seorang guru itu juga mempunyai peranan yang lai ketika berada di sekolah untuk mendidik dan juga berperanan dirumah untuk keluarga, kelancaran hidup bersosial seorang guru dapat diuruskan dengan baik jika ia dapat membezakan tempat dan waktu ketika bersama dengan orang lain.

Selain itu, kefungsian sosial dalam aspek ekonomi juga memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Kefungsian sosial juga saling berkaitan antara satu sama lain, dimana manusia memerlukan keperluan asasnya untuk meneruskan kehidupan seharian yang mana memerlukan perbelanjaan. Walaubagaimanapun kefungsian sosial bukan sahaja dilihat dari aspek ekonomi malahan juga dalam aspek politik iaitu terdapat tiga perkara yang dapat dibincangkan seperti keperluan, kehendak dan kepentingan. Selain itu, politik boleh mewujudkan suasana yang tidak teratur dalam masyarakat dan kepentingan yang berbeza menimbulkan sebarang konflik. 
 Rujukan
Samir Muhazzab Amin dan Winny Abdul ,2009. pengantar kerja sosial. kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributions Sdn Bhd.